Leftenan Adnan.

 

Filem



Kumpulan 4 :

1. NUR NABAHAH BALQIS BINTI ROSLAN.

02DSK20F2030.

2. NURUL AZREEN NATASHA BINTI MOHD ASRI.

02DSK20F2057.

3. SYAZA IRSALINA BINTI ADNAN.

02DSK20F2045.

4. REVINA RATNA A/P RATNAM VELLOO.

02DSK20F2004.

5. WAN AFIQAH NASUHA BINTI WAN BHARUDIN.

02DSK20F2008.

Leftenan Adnan

 

Leftenan Adnan merupakan sebuah filem patriotik Malaysia 2000 yang diarahkan oleh Aziz M. Osman dan dibintangi oleh Hairie Othman, Umie Aida, Rambo Chin, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby dan Wahid Senario. Filem ini mengisahkan perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Filem ini telah ditayangkan pada 31 Ogos 2000.

 

Pelakon


*     Hairie Othman sebagai Leftenan Adnan

*     Umie Aida sebagai Safiah

*     Farid Amirul sebagai Mejar Fujiwara

*     Faizal Hussein sebagai Prebet Ayob

*     Rusdi Ramli sebagai Prebet Malik

*     Shaharuddin Thamby sebagai Ibrahim Yaakob

*     Wahid Senario sebagai Ismail Malim Mas

*     M. Osman sebagai Pak Saidi

*     Sherie Merlis sebagai Tumirah

*     Rambo Chin sebagai Jeneral Yamashita

*     TS Jeffry sebagai Lai Tek

*     Yank Kassim sebagai Bo Seng, orang kanan Lai Tek

*     Zul Yahya sebagai Ahmad

*     Johan Abdullah sebagai Kapten H R Rix

*     Mejar Mohd Razak Omar sebagai Sarjan Ngah

*     Koperal Wan Shakri Wan Fe sebagai Prebet Ali

 

 

 

Pengarah

 

Aziz M. Osman (lahir 2 Oktober 1962) merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit filem Malaysia dan anak kepada penyanyi veteran Allahyarham M. Osman. Beliau terbabit dengan bahagian lain dalam perfileman Malaysia juga, menjadi pengarah, penulis skrin, dan penyunting. Aziz yang kini merupakan lembaga pengarah di syarikat produksi miliknya, Ace Motion Pictures Sdn Bhd. Filem-filem arahan beliau banyak mencerminkan aspek kerohanian dan nilai-nilai Melayu yang unik.

 

 

 

GENRE

 

Semangat patriotisme serta semangat cinta akan tanah air yang lebih dari nyawa sendiri.

 

 

PENERBITAN

 

Azri Iskandar asalnya memegang watak Leftenan Adnan sebelum disingkirkan kerana masalah disiplin. Azri Iskandar pula mengatakan dirinya terpaksa mengikut arahan penerbit dan pengarah secara membuta tuli walaupun terdapat percanggahan fakta dalam pembikinan filem ini.[3] Beliau telah digantikan oleh Hairie Othman. Hairie terpaksa melakonkan semula 12 babak yang telah dilakonkan oleh Azri.[4] Filem ini menjalani pengambaraan di Perak.

 

Sambutan

 

Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM2.5 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM1,075,697.85.

 

Info

Watak Sarjan Ibrahim dilakonkan sendiri oleh anggota tentera iaitu Tuan (kini Dato') Haji Ghazali bin Haji Ismail. Beliau bersara dengan pangkat Mejar Jeneral pada Mac 2021. Hantaran ini dimuat naik di akaun facebook rasmi 'Tentera Darat Malaysia'.

 

Selain Leftenan Adnan, Mej.General (B) Dato Haji Ghazali juga sempat berlakon dalam drama ketenteraan 'Insurgensi' yang disiarkan di RTM. Dalam drama tersebut beliau berperanan sebagai CO 8 Renjer Raja Rashid. Sewaktu pengambaran berlangsung beliau memegang jawatan Leftenan Kolonel.

 

 

Anugerah dan Pencalonan

Anugerah

Kategori

Penerima

Hasil

Festival Filem Asia Pasifik ke-45, 2000

Penataan Bunyi Terbaik

Azman Abu Hassan

Menang

Anugerah Khas Juri

Jeneral Dato' Seri Md. Hashim Hussein
Kolonel Sharom bin Hashim
Aziz M. Osman

Menang

Festival Filem Malaysia ke-15

Filem Terbaik

Jeneral Dato' Seri Md. Hashim Hussein
Kolonel Sharom bin Hashim
Aziz M. Osman

Menang

Anugerah Khas Juri

Menang

Pengarah Terbaik

Aziz M.Osman

Menang

Penataan Seni Terbaik

Wan Nazrul Ashraff

Menang




SINOPSIS/RUMUSAN

Permulaan


Hasrat Pak Saidi menghantar Adnan bersekolah di sekolah Inggeris menjadi isu hangat di Kampung Sungai Ramal. Ramai orang kampung seperti Lebai Pian terang-terangan menentang keputusan itu kerana khuatir Adnan akan mempengaruhi anak-anak muda di kampung itu menjadi murtad. Namun, Pak Saidi yang merupakan cucu kepada Datuk Siamang Gagap tetap teguh dengan pendiriannya menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris dengan dimulakan oleh Adnan sebagai anak sulung.

 

Perkembangan





Adnan disenangi oleh guru dan rakan-rakanya di sekolah.  Dia sering mendapat tempat pertama dan menjadi johan pertandingan syarahan bahasa Inggeris anjuran sekolahnya.  Tamat persekolahan, Adnan ditawarkan menjadi guru pelatih walaupun cita-citanya menjadi askar berpangkat tinggi.

 

Setelah tamat latihan selama setahun di Kem Latihan Haig Lines, Adnan telah ditugaskan ke Singapura dan dinaikkan pangkat kepada Sarjan Adnan. Sarjan Adnan telah dipilih mewakili platun Askar Melayu dalam perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di London. Selepas pulang dari London, Sarjan Adnan mendapat perhatian pegawai atasan British lalu terpilih menjalani latihan kepegawaian di Singapura.  Setelah tamat latihan, beliau dinakkan pangkat sebagai Leftenan Muda Adnan dan dilantik mengetuai Platun ke-7, Kompeni C.

 

Pak Saidi telah menjodohkan Adnan dengan Sophia anak Pakih Muda sahabat Pak Saidi.  Setelah mempunyai dua orang anak, Mokhtar dan Zainuddin, Leftenan Adnan membawa isteri dan anak-anaknya ke Pangkalan Tentera Pasir Panjang, Singapura.

 

Pasukan Rejimen Askar Melayu diminta bersiap sedia menghadapi serangan musuh kerana bahang peperangan Dunia ke-2 mula terasa.  Leftenan Adnan telah menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke Kampung Sungai Ramal untuk keselamatan mereka. Tentera Jepun terus menyerang kubu pertahanan Askar Melayu di bukit Candu dengan mortar dan meriam.  Pertahanan Askar Melayu semakin meruncing kerana terus diasak.  Leftenan Adnan bersama dengan anggotanya terus menentang tentera Jepun yang semakin mengganas membuat serangan.  Walaupun mengetahui peluang mereka untuk menang kian tipis, namun Leftenan Adnan tetap meniupkan semangat perjuangan hingga ke titisan darah terakhir kepada anggota pasukannya. Setelah beberapa jam bertempur, pasukan Askar Melayu kehabisan peluru dan anggota tenteranya semakin sedikit berbanding tentera Jepun. Semakin ramai Askar Melayu yang terkorban seperti Prebet Nasir dan Sarjan Hassan. Semasa tentera sudah memasuki kubu pertahanan, Leftenan menikam satu persatu tentera Jepun dengan bayonetnya.  Tiba-tiba Leftenan Adnan bagaikan terasa ntikaman menusuk ke tepi perut dan bahagian belakangnya, walaupun kesakitan beliau terus mengumpulkan segala kekuatannya yang masih ada menerpa ke arah tentera Jepun.

 

 

Puncak / Klimaks






Tentera Jepun menyerbu masuk ke dalam kubu pertahanan dan menangkap Leftenan Adnan hidup-hidup. Pertempuran berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Tentera Jepun. Semua anggota pasukan Askar Melayu terkorban kecuali Leftenan Adnan dan Koperal Yaakob yang berpura-pura mati di sisi rakannya yang terkorban.  Tentera Jepun memeriksa mayat yang bergelimpangan dan menikam satu demi satu mayat yang sudah terbujur kaku itu. Tubuh Leftenan Adnan diheret ke hadapan Leftenan Renya Mutugachi lalu ditumbuk dan ditendang hingga pengsan.  Kemudian beliau diikat kejam pada dahan pokok ceri dan dengan kemarahan yang teramat sangat, Leftenan Renya menghayun bayonet sekuat hati merodok perut Leftenan Adnan hingga membaw kematiannya wira bangsa itu.  Lalu seorang demi seorang tentera Jepun menikam tubuh pejuang Melayu itu hingga tubuhnya berkecai.

 

Kekalahan Askar Melayu di bukit Candu menjadikan British di ambang kekalahan.  Setelah berjaya menakluki Tanah Melayu, Jeneral Yamashita tidak dapat melupakan peristiwa pertempuran di bukit Candu yang menyebabkan adiknya sendiri terkorban ditikam oleh Leftenan Adnan.Jeneral Yamashita telah mengarahkan Leftenan Renya mencari dan memburu keluarga Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.  Pak Saidi telah ditangkap tetapi dia berjaya membunuh beberapa tentera Jepun dengan keris pusakanya sebelum dia ditembak mati.  Penduduk kampung hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan Jepun.  Anak Sopjia sendiri, Fatimah yang berusia tujuh bulan meninggal dunia kerana demam panas.

 

 

 

 

 

NILAI MURNI DAN CONTOH

 

Patriotisme :

 

1) Leftenan Adnan sanggup dihantar bertugas di Pasir Panjang, Singapura dan berjauhan dengan anak-anak dan isterinya kerana dia sedar dia memikul tanggungjawab besar untuk mempertahankan tanah air melalui Rejiman Askar Melayu.

2) Seterusnya, Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.

 

Kasih sayang :

 

1) Leftenan Adnan sangat sayang akan isterinya, Sophia dan berasa sayu ketika     ingin meninggalkannya di Sungai Ramal sebelum berangkat ke Singapura untuk        berjuang menyekat kemaraan Jepun.

 

Keberanian :

 

 1) Leftenan Adnan berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah yang terakhir walaupun tanpa senjata.

 2) Selain itu, Kompeni C askar Melayu juga berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.

 

Bekerjasama :  

 

1) Penduduk kampung bekerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.

 

Kebijaksanaan :

 

1) Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.

2) Seterusnya, beliau juga bekerja keras bukan untuk pangkat tetapi sudah menjadi kewajipan baginya sebagai anggota tentera untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah sebaik-baik mungkin. Di samping itu, Pak Saidi ialah seorang yang mampu menilai perkara yang betul dan perkara yang salah. Beliau yakin tindakannya menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris merupakan langkah yang tepat.

 


Penutup dan pendapat :

 

Keberanian Leftenan Adnan bersama kontijen 42 orang anggota askar Melayu yang telah bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Kita perlulah berani mempertahankan negara daripada penjajag agar masyarakat hidup aman, contohnya keberanuan Leftenan Adnan dan askar Melayu mempertahakan negara menjadi buah mulut pihak rakan dan musuh. Selain itu, kita juga perlu memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi, contohnya perjuangan Leftenan Adnan dan askar melatu membuktikan mereka memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi sehingga sanggup mengorbankan nyawa hingga titisan darah yang terakhir.


Menekuni semula kisah perjuangan Leftenan Adnan Saidi dalam bentuk filem memberi ruang yang lebih besar kepada saya untuk memahami sejarah perjuangan askar-askar Melayu dalam mempertahankan tanah air tercinta.

Leftenan Adnan Wira Bangsa mengangkat beberapa persoalan-persoalan lain yang melatari waktu Tanah Melayu yang sedang berada dalam peperangan. Menomton filem ini membuatkan saya cakna terhadap sejarah perjuangan askar-askar Melayu ketika zaman penjajahan. Mereka yang buta sejarah akan mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh nenek moyang kita dahulu.

 

RANKING CERITA (7/10)

Filem Leftenan Adnan wajib ditonton kerana berkonsepkan Patriotisme, dengan menonton filem-filem patriotik sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat kenegaraan kita sebagai rakyat   Malaysia. Pengisian filem patriotik tidak hanya berkisarkan tentang perperangan,    malah semangat juang juga turut diangkat menjadi tema sesebuah filem.

 

Filem arahan sutradara profilik Aziz M Osman ini telah diterbitkan pada tahun 2000. Menampilkan garapan kisah benar Leftenan Adnan Saidi yang terjadi semasa Perang Dunia Kedua, filem ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Hairie Othman, Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli dan ramai lagi.


https://youtu.be/E1f1xWAp7Ho

 

 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perpaduan di Malaysia.